Tuesday, August 08, 2017

Latok makanan suku kaum Bajau Sabah


Orang Bajau Pantai Timur bukan sahaja terkenal dengan budaya dan sumber ekonominya tetapi juga turut dikenali melalui makananya yang esotik tapi orang sabah kata sedap bah…

Salah satu makanan tradisi yang terkenal dalam suku kaum ini adalah makanan dari sumber laut iaitu yang dinamakan Latok atau anggur laut. Dari kajian yang saya buat nama saintifik bagi Rumpair Laut anggur adalah  Caulerpa lentillifera atau turut dikenali sebagai Karviar Hijau atau Lato.

Makanan ini juga turut amat popular di negara Filipina dan banyak diternak di kawasan persisiran pantai Filipina dan di Kepulauan Okinawa. Jepun.

LATOK MAKANAN SUKU KAUM BAJAU

Lato atau dikenali sebagai Latok oleh suku kaum Bajau Pantai Timur merupakan salah satu makanan wajib dan lauk untuk santapan makan tengahari atau malam selain lauk lain seperti ikan bakar dan lain lain lauk.

Latok dimakan begitu sahaja dan tidak perlu ditumis atau sebagainya. Cra penyediaan ringkas hanya perah limau dan campur dengan bahan bahan lain seperti cili dan garam.  Selain itu, ada juga yang mencampurkan latok dengan belacan, hiris bawang merah, hirisan tomato atau hirisan buah manga dan lain lain campuran ikut suka rasa.





Cadangan Menu

Lagi sedap makan bersama ikan bakar, sotong bakar, putu atau nasi.



No comments:

Post a Comment