Selalunya apabila kita masak ayam, tulang tidak akan dibuang atau dipisahkan. Tetapi resepi kali ini agak berlainan kerana masakan yang dihasilkan tanpa menggunakan tulangdan hanya mengunakan isi sahaja. Semoga menikmati resepi ini
RESEPI
AYAM SUWIR
BAHAN-BAHAN
o
1 ekor ayam
saiz sederhana
o
3 keping
daun limau, dihiris dengan halus
o
2 sudu besar
jus lemon
o
2- 3 ulas bawang,
dihiris halus
o
Daun Selasih
secukupnya
o
4 sudu
minyak untuk tumis
BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS
o
15 ulas bawang
merah
o
5 ulas
bawang putih
o
10-15 keping
cili merah kering
o
1 cm kunyit
o
1 cm halia, parut
o
garam
secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Ayam direbus
bersama sedikit garam sehingga masak. Toskan. Setelah sejuk calik calik isi ayam sehingga selesai tanpa tulang.
Tuang minyak
masak dan goreng daun bawang dan daun limau hingga mengeluarkan bau. Masukkan
daging ayam, suwir, masak menggunakan api kecil dan kacau sehingga rempah bercampur dengan baik dan
diserap. Masukkan daun selasih, kacau hingga sebati.
Akhirnya
masukkan jus limau, kacau hingga rata, kemudian matikan api.
Siap untuk
dihidangkan bersama nasi panas
No comments:
Post a Comment