Sunday, September 10, 2017

RESEPI AYAM SUWIR

Selalunya apabila kita masak ayam, tulang tidak akan dibuang atau dipisahkan. Tetapi resepi kali ini agak berlainan kerana masakan yang dihasilkan tanpa menggunakan tulangdan hanya mengunakan isi sahaja. Semoga menikmati resepi ini

RESEPI AYAM SUWIR
BAHAN-BAHAN
o   1 ekor ayam saiz sederhana
o   3 keping daun limau, dihiris dengan halus
o   2 sudu besar jus lemon
o   2- 3 ulas bawang, dihiris halus
o   Daun Selasih secukupnya
o   4 sudu minyak untuk tumis

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS
o   15 ulas bawang merah
o   5 ulas bawang putih
o   10-15 keping cili merah kering
o   1 cm kunyit
o   1 cm  halia, parut
o   garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Ayam direbus bersama sedikit garam sehingga masak. Toskan. Setelah sejuk calik  calik isi ayam sehingga selesai tanpa tulang.

Tuang minyak masak dan goreng daun bawang dan daun limau hingga mengeluarkan bau. Masukkan daging ayam, suwir, masak menggunakan api kecil dan  kacau  sehingga rempah bercampur dengan baik dan diserap. Masukkan daun selasih, kacau hingga sebati.

Akhirnya masukkan jus limau, kacau hingga rata, kemudian matikan api.

Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas

No comments:

Post a Comment