Lala atau juga
dikenali sebagai siput retak seribu di utara Malaysia, merupakan nama sejenis
moluska dwicangkerang yang boleh dimakan.
Filum moluska terdiri
dari haiwan tanpa tulang yang dikenali dengan nama siput dan mewakili kelas
dwicangkerang atau gastrapod. Kelas dwicangkerang adalah termasuk haiwan yang
mempunyai dua cangkerang seperti tiram dan kepah. Manakala gastrapod pula adalah
haiwan yang mempunyai satu cangkerang seperti kekatup dan sotong. Terdapat
sekitar 112,000 spesies dalam filum ini
RESEPI LALA MASAK PEDAS
BAHAN-BAHAN
1 Kg siput lala
serbuk cili 2 sudu
2 – 3 ulas bawang
putih
2 ulas bawang merah
1 Biji Bawang Besar
5-6 Biji Cili
api/Cili Padi
½ halia
1 batang serai
2-3 biji lada hijau
atau lada merah
tomato sos secukup
rasa
sos tiram
gula dan garam
tepung jagung 1 sudu
kecil
sedikit daun sup dan
daun bawang
minyak untuk menumis
Minyak Masak
PROSES PENYEDIAAN
Masukkan minyak ke
dalam kuali .
Tumis Bawang Putih dan Bawang Merah
Kemudian masukkan
halia bersama serai .
Kacau sehingga naik bau
Masukkan serbuk cili
yang telah dibancuh tadi . Masukkan
gula dan garam
Kacau dan biar sampai
pecah minyak .
Masukkan Tiram Sos dan Tomato Sos
Kacau lagi dan
masukkan Lada Hijau atau Merah .
Masukkan Siput Lala dan tuang tepung jagung yang telah dibancuh dengan air
tadi
Masak sehingga Lala
terbuka. (Tanda sudah masak ) Akhir
sekali, masukkan Daun Sup dan Daun Bawang
Siap untuk dihidang
dan makan bersama nasi panas
No comments:
Post a Comment