Wednesday, October 11, 2017

RESEPI UDANG MASAK LEMAK NENAS

Variasi masak lemak juga terdiri daripada jenis yang pedas, tidak pedas, savori ataupun manisan. Walau bagaimanapun, masakan manisan yang berasaskan kuah santan lebih dikenali sebagai pengat atau bubur santan berbanding masak lemak. Kini, masakan ini turut mengubah daripada penggunaan santan kepada penggunaan susu terutamanya susu cair atau susu sejat atas sebab-sebab kesihatan ataupun kemudahan untuk mendapatkan barang-barang masakan.

Masak lemak ialah sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.

UDANG MASAK LEMAK NENAS

BAHAN BAHAN
6-7  ekor udang bersaiz besar 1 biji nenas Sarawak saiz kecil
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
700 ml santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam keping
Garam
Gula

BAHAN DIKISAR / DITUMBUK
2 biji cili merah
10 biji cili padi / kalua nak pedas letak lebih cili
4-5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
2 biji buah keras
2 keping hirisan nenas
1/2 inci kunyit hidup

PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan udang buat misai dan toskan air.

Nenas dikupas, kemudian hiris kasar2, ketepikan.

Masukkan udang, serai titik, asam gelugor dan bahan yang telah ditumbuk atau dikisar, gaul rata dan masak hingga udang berubah warna.

Masukkan santan cair, kacau dan biar mendidih. Tambah nenas dan masak sekejap.

Tuang pati santan dan masukkan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu supaya santan tidak pecah.


Siap untuk dihidang bersama nasi panas

No comments:

Post a Comment