Masak lemak ialah sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul
tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara
rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Masak lemak ialah sinonim dengan
masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi
penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan
gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat,
bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.
- 600 kg kupang segar
- 350 gm Santan segar
- 2 batang serai dititik
- 2 keping asam keping
- 1 kiub pati ayam
- Garam secukup rasa
- Sedikit gula
- Tomato
- Daun Kunyit
BAHAN DIKISAR
- 2 labu bawang besar
- 3 – 4 ulas bawang putih
- 2- 3 inci kunyit hidup
- 1 inci halia
- 5 biji cili padi merah
- 5 biji cili padi hijau
- 1 biji cili merah
- Sedikit belacan
- Air secukupnya
PROSES PENYEDIAAN
- Basuh kupang sehingga bersih. Masukkan kupang bersama-sama serai dan bahan yang telah dikisar lumat di dalam periuk. Rebus sehingga mendidih. Kacau rata.
- Masukkan santan. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah ditambah air. Masukkan kiub pati ayam, asam keping, tomato dan daun kunyit dan garam secukupnya.
- Selepas itu bolehlah dimasukkan kupang dan kacau rata. Masak sehingga kuah mendidih dan kupang masak.
- Siap dan makan bersama nasi panas
No comments:
Post a Comment