Ayam (Gallus gallus domesticus)
merupakan sejenis unggas bela jinak dan subspesies kepada ayam hutan merah.
Ayam merupakan antara haiwan bela jinak yang paling umum dan meluas sekali
dengan jumlahnya melebihi 19 bilion ekor setakat tahun 2011.Manusia membela
ayam terutamanya sebagai sumber makanan dalam bentuk daging mahupun telurnya.
|
BAHAN BAHAN
1/2 ekor ayam dipotong
serai dititik
sedikit air asam jawa
sedikit gula apong
kiub ayam
garam secukupnya
1 biji kentang potong baji
cili api sebiji-sebiji
BAHAN KISAR
1 ulas bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
sedikit ketumbar, jintan halus dan jintan kasar
PROSES MASAK
Gaulkan ayam dengan semua bahan-bahan di atas kecuali kiub ayam. Perap seketika.
Panaskan sedikit minyak dan tumis ayam yang diperap tadi. Kacau rata. Tambahkan sedikit air hanya paras-paras ayam. Kacau lagi.
Tutup kuali dan sederhanakan api. Bila kuah mendidih masukkan kiub ayam. Bila kiub ayam sudah larut dalam kuah, kacau sebati dan masukkan kentang yang dipotong baji tadi. Kacau dan tutup semula kuali.
Kacau sekali sekala dan masukkan pula cili api. Apabila cili mulai layu, tutup api dan bolehlah dihidangkan.
|
No comments:
Post a Comment