Rendang adalah masakan tradisional
Minangkabau - Indonesia yang kemudian menyebar pada masyarakat Melayu,
bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya. Masakan ini disediakan
dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang
sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut
kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti
atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang
digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang.
Rasa dagingnya yang lembut dan sedap.
Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan
seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti
tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa
selamat, kenduri harijadi dan sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua
kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia
khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak
BAHAN BAHAN
500 gram udang galah epit biru
500 gram udang galah epit biru
2 helai daun limau purut
sedikit air asam jawa
sedikit gula melaka
garam secukup rasa
pati santan
kerisik
BAHAN KISAR
10 sudu besar cili
9 batang cili api
3 batang serai
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit lengkuas
PROSES MASAK
Panaskan minyak dan goreng udang
galah sederhana masak dan ketepikan.
Dengan lebihan minyak tadi tumiskan
bahan-bahan kisar dengan daun limau purut hingga naik bau. Masukkan air asam,
kacau sebati. Diikuti garam dan gula melaka. Kacau lagi. Bila pecah minyak
masukkan pati santan. Kacau lagi.
Masukkan udang yang telah digoreng
dan kacau lagi. Masukkan kerisik dan kacau lagi.
Masak dengan api sederhana supaya
udang mesra dengan bahan-bahan lain. Siap
No comments:
Post a Comment