Masak lemak ialah sejenis masakan
Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam pembikinannya. Jenis
juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara iaitu Malaysia, Indonesia,
Brunei dan Singapura.
Masak lemak ialah sinonim dengan
masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini merangkumi
penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan dengan masakan
gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah pekat,
bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam masakan.
BAHAN BAHAN
1 tin ikan sardin mackerel
2 cawan santan pekat
1 biji bawang besar
1 helai daun kunyit
4 biji ubi kentang
Garam secukup rasa
BAHAN DIKISAR
4 biji cili api
2 cm kunyit hidup
PROSES MASAK
1. Kupas semua ubi kentang dan bawang
besar serta dipotong empat
2. Masukkan santan dan bahan tumbuk dalam
periuk dan masak kuah sampai hampir mendidih kemudian masukkan ubi kentang dan
daun kunyit . Guna kan api dapur yang sederhana supaya kuah masak secara
perlahan-lahan dan tak pecah minyak . Biar kan ubi kentang masak sampai empuk .
3. Masukkan semua ikan sardin makeral dan
kuah nya sekali , kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan sekata. Akhir
sekali rasa garam jika kurang masin tambah la garam.
No comments:
Post a Comment