Kuih jemput-jemput atau juga dikenali
sebagai cucur atau cekodok, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng
dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih tradisi.
Jemput-jemput atau cucur
ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali sebagai
jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika
diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan
menggunakan ukuran sudu.
BAHAN BAHAN
3 cawan tepung gandum
3 batang jagung
1 biji bawang besar
2 cawan udang kertas
1-2 biji telur
2 cawan air sejuk
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK
1. Bersihkan udang buang kepala dan ekor,
potong jagung kemudian kupas bawang merah dan dimayang nipis.
2. Gaul semua bahan dalam bekas yang
sesuai dan masukkan telur serta air secukupnya.
3. Masukkan garam dan kacau lagi, panaskan minyak secukupnya untuk mengoreng dan boleh la digoreng sehingga masak. Angkat dan tos jemput jemput ni bila sejuk boleh dimakan dengan sosa atau kuah kacang.
No comments:
Post a Comment