Wednesday, November 15, 2017

RESEPI ASAM PEDAS DAGING TETEL

Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur. 

BAHAN-BAHAN
1/2 kilo daging tetel  atau daging ada lemak sikit
1/2 Sudu kecil jintan manis
1/2 Sudu Kecil jintan putih
5 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang putih
1 sudu besar lada hitam
3 batang serai
air asam jawa
daun kesum
1 biji tomato segar
garam/ kuib perasa daging

BAHAN KISAR
15 - 20 cili kering
Bawang Besar
Sedikit Belacan
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

PROSES MASAK
1. Daging direbus terlebih dahulu, sejukkan sebentar kemudian potong keciI – kecil dan ikut keseuaian

2. cili kering direndam air panas, kemudian dikisar  dgn bawang besar dan belacan. halia, lengkuas dan kunyit ditumbuk kasar dahulu kemudian Kisar

3. Panaskan minyak, tumiskan jintan manis, jintan putih, bwg merah dan bawang putih hingga kuning

4. Masukkan semua bahan yg diblend tadi dan serai yg diketuk kacau dan masak hingga pecah minyaknya

5. Masukkan daging, tambah air jika perlu.. kadang2 tu daging ni agak liat sikit.masak sampai daging lembut

6. Masukan lada hitam yg ditumbuk kasar. masukkan air asam jawa, tambah air jika perlu..ikut selera nak pekat atau cair..masak hingga mendidih.

7. Akhir sekali masukkan garam, perasa, daun kesom dan tomato..

No comments:

Post a Comment