Wednesday, November 15, 2017

RESEPI IKAN SIAKAP ASAM PEDAS MELAKA

Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap
1 sudu kecil halba
5 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
asam jawa
daun selom
garam

BAHAN KISAR
15 - 20 cili kering
Bawang Besar
Sedikit Belacan

PROSES MASAK
1. cili kering dipotong kecil dan direndam dlm air panas kemudian dikisar bersama bawang besar dan belacan

2. Panaskan minyak tumis bwg merah, bwg putih dan halba sehingga wangi.

3. Masukkan cili Kisar  tadi tumis hingga pecah minyak.

4. Masukkan air asam jawa dan air jugak, agak2 utuk kuahnya, jgn terlalu pekat dan terlalu cair.

5. Masak hingga mendidih, baru masukkan ikan.Akhir sekali masukkan daun kesom dan perasa dgn garam..

No comments:

Post a Comment