Wednesday, November 15, 2017

RESEPI ASAM PEDAS KELADI KEDAH

Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu. Di Malaysia terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur.

BAHAN-BAHAN
  • 1 perdu btg keladi
  • 500 air
  • sedikit ikan bilis
  • 1 sk ketumbar biji
  • 1 sk lada hitam
  • 2 ekor ikan kembung rebus- ambil isi saja
  • 6 keping asam gelugor
  • sedikit daun kesum
  • 1 btg bunga kantan
  • Garam

BAHAN KISAR
  • 10  cili kering
  • 1 Labu Bawang Besar
  • Sedikit Belacan

PROSES MASAK
  • Keladi di kupas kulitnya dan dipotong serong sepanjang 2 inci lalu direbus terlebih dahulu sehingga sedikit kecut dan toskan
  • Kisarkan halus Cili  kering , bawang besar dan belacan
  • Ketumbar , lada hitam dan ikan bilis ditumbuk kasar
  • Semua bahan bahan diatas dan asam gelugur kecuali keladi dimasak sehingga mendidih dulu. baru masukkan sayur keladi dan isi ikan tadi.
  • Masukkan bunga kantan yg dibelah 4 dan daun kesom.. perasa dgn garam dan ajinamoto. Siap dan nikmati bersama nasi panas

No comments:

Post a Comment