Nanas (nama
saintifik: Ananas comosus)ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia dalah tumbuhan
asli berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini berada dalam
kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba
(herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam
mengelilingi batang yang tebal. Buah nanas tergolong dalam buah bukan
klimakterik iaitu hanya masak di pokok. Buahnya dikenali sebagai pineapple
dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan
asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang
sangat baik
BAHAN BAHAN
500 gram daging dihiris nipis
7 batang cili merah
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
sedikit belacan
1 cawan air asam jawa
1 mangkuk potongan nenas
garam, gula dan perasa secukupnya
PROSES MASAK
Rebus daging hingga empuk, ketepikan. Kisar lada merah, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia dan belacan hingga agak halus.
Masukkan bahan-bahan kisar dalam periuk. Masukkan daging rebus dan air asam. Tambahkan dengan air secukupnya.
Masak hingga kuah mendidih. Tambahkan dengan potongan nenas dan rasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Biar di atas api seketika dan bolehlah dihidangkan dengan nasi panas, telur dadar, budu dan ulam-ulaman.
No comments:
Post a Comment