Mi
atau mee ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tidak beragi yang
dibentuk menjadi jaluran yang nipis dan leper atau silinder bulat lalu dimasak
dalam cecair yang mendidih. Bergantung pada jenisnya, mi bolehlah dihidangkan
kering atau disejukkan sebelum dimasak. Perkataan "mi" berasal
daripada sebutan bahasa Hokkien bagi perkataan Cina "麪"
kerana makanan ini juga berasal dari China.
Catatan
pertama mengenai mi dihasilkan ketika Dinasti Han Timur sekitar 25 dan 220 M.
Pada Oktober 2005, mi tertua yang pernah ditemui telah ditemui di tapak Lajia
(budaya Qijia) sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, China. Mi yang berusia 4,000
tahun itu kelihatan diperbuat daripada sekoi ekor musang dan sekoi Proso.
BAHAN BAHAN
1 kilogram mee kuning
500 gram udang sederhana besar
1 cawan hirisan daging ayam
1 mangkuk kecil hirisan fish ball
1 ikat sawi dipotong-potong
2 biji tomato dipotong ikut suka
3 sudu besar sos tomato
1/4 cawan kicap masin
1 sudu besar cairan tepung jagung
garam secukupnya
BAHAN KISAR
5 tangkai cili kering dikisar
5 biji bawang merah dikisar
2 biji bawang putih dikisar
PROSES MASAK
Kupas udang dan tinggalkan bahagian ekornya. Rebus kulit udang tadi dan ambil airnya. Ketepikan
Basuh bersih mee kuning. Toskan airnya dan ketepikan.
Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Tambahkan dengan udang dan hirisan daging ayam tadi. Gaul sebati. Masukkan juga kicap masin dan sos tomato. Kacau lagi. Masukkan air rebusan kulit udang tadi.
Bila mendidih, tambahkan dengan cairan tepung jagung tadi dan kacau sebati.
Masukkan fish ball, diikuti mee kuning, hirisan tomato dan sawi. Kacau sebati. Rasakan masinnya dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment