Kari ialah nama untuk berbagai-bagai
hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia,
Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia
Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah
satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia".
Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India
pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika
Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam – potong ikut saiz kesukaan
anda
rempah tumis 4 beradik - utk tumis
( k.kayu manis, buah pelaga, bunga
cengkih, bunga lawang)
2 helai daun kari
2 inci halia - dikisar
4 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar kunyit serbuk
1 botol yogurt perisa asli
2 bj cili hijau besar - di patah2
2 cawan air
garam/gula
BAHAN KISAR/ DITUMBUK / HIRIS
1 labu bwg besar - kisar
2 ulas bwg putih - kisar
1 sb jintas manis - tumbuk
1 sb lada hitam – tumbuk
3 biji tomato - hiris halus
5 ulas bawang merah – hiris nipis
3 ulas bwg putih – hiris nipis
3 labu bwg besar - hiris halus
PROSES MASAK
1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 beradik,
bawang merah, bawang putih, bawang besar sehingga kuning.
2. Masukkan bahan kisar, daun kari dan
bahan tumbuk tadi, kacau sebati.
3. Masukkan semua jenis rempah2 tadi,
kunyit , kacau lagi.. tambah sedikit air , masak hingga pecah minyak.
4. Masuk tomato masak hingga tomato
sedikit hancur. baru masukkan ayam.. masak sehingga
ayam tu kecut sedikit baru masukkan air, masak lagi hingga kuah mendidih baru
masukkan yogurt
5. masak lagi hingga kuah tu nampak berminyak last masukkan cili hijau yg dipatah tadi
5. masak lagi hingga kuah tu nampak berminyak last masukkan cili hijau yg dipatah tadi
No comments:
Post a Comment