Wednesday, November 15, 2017

RESEPI KEPAH GORENG BERLADA

Kepah atau Siput gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. ia ialah sejenis kerang-kerangan sungai yang boleh dimakan dari genus Asaphis. Ia boleh didapati di sekitar Perlis, Malaysia dan juga Satun Thailand.
BAHAN-BAHAN
1kg kepah - bersihkan
3-4 sudu besar cili kering mesin/cili boh
2-3 sudu besar sos tiram
1-2 sudu sos cili
Bancuhan tepung jagung
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR
1cm belacan – tumbuk
2-3 biji bawang putih – tumbuk
5-6 biji bawang merah kecik – tumbuk
7-8 biji cili padi - diketuk
2 tangkai serai - diketuk
Daun kunyit - hiris setebal 1cm

PROSES MASAK
Tumis serai, cili padi, bahan tumbuk dan cili boh hingga wangi dan naik minyak kemudian masukkan sos tiram dan sos cili, garam dan gula.

Masukkan kepah dan balik-balikkan. Bila hampir masak cengkerang kepah akan terbuka dan mengeluarkan air. 

Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah dan akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit.

No comments:

Post a Comment