Wednesday, November 29, 2017

RESEPI AYAM MASAK HALIA

HALIAH
Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe) merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean.

Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, pokok getah dan kelapa sawit.

RESEPI AYAM MASAK HALIA
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
400 gm ayam
3 Sudu Besar  sos tiram  
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang
1 biji buah tomato  
minyak
air dan garam

BAHAN HIRIS
5 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah

PROSES MASAK
Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkna sikit air dan tutup

Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.


Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.  Hidangkan

No comments:

Post a Comment