HALIAH
Halia (nama botani: Zingiber officinale Roscoe)
merupakan sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam
masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian merebak
penggunaannya ke India, Asia Tenggara, Afrika Barat dan Caribbean.
Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah
India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia
boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal
atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas, pokok getah dan kelapa sawit.
RESEPI AYAM MASAK HALIA
BAHAN BAHAN
400 gm ayam
3 Sudu Besar sos tiram
1 sudu kecil tepung
jagung
1 sudu kecil serbuk
lada hitam
1 pokok daun bawang
1 biji buah tomato
minyak
air dan garam
BAHAN HIRIS
5 cm halia
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili
merah
PROSES
MASAK
Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga
layu. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkna sikit air dan tutup
Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan bancuhan
tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat.
Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau
rata. Hidangkan
No comments:
Post a Comment