Monday, November 13, 2017

RESEPI DAGING SALAI GORENG KICAP

Daging salai ialah kaedah menyediakan ikan atau daging yang diamalkan sejak zaman prasejarah. Tujuannya ialah untuk mengawet makanan kaya protein ini yang boleh cepat rosak untuk masa yang lama. Terdapat dua mekanisme untuk pengawetan cara ini: penyahhidratan dan sifat-sifat antibakteria asap yang diserap. Pada zaman sekarang, rasa makanan salai yang dipertingkat menjadikannya hidangan dalam kebanyakan budaya.

RESEPI DAGING SALAI GORENG KICAP

BAHAN-BAHAN
200gm daging lembu salai -
Kicap manis secukupnya
2 sudu sos tiram
Kacang panjang - potong
Minyak
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN HIRIS/ CINCANG/ KETUK
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - cincang halus
5 sudu Chili Mesin
2 biji cili merah - hiris nipis
2 batang serai - ketuk sikit

PROSES MASAK
Perap daging salai dengan kicap manis  selama 1 jam

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, cili merah. cili mesin  dan serai hingga naik bau

Masukkan sos tiram dan kacau sebati sehngga naik bau

Masukkan daging salai dan kacang panjang,  gaul sebati perasakan dgn garam dan gula, gaul.

Siap untuk dinikmati


No comments:

Post a Comment