GULAI
Gulai ialah masakan bersantan yang mengandungi
daging, ikan dan lain-lain dengan ramuan utamanya adalah lada api, kunyit
hidup, serai dan santan. Gulai dipanggil masakan masak lemak di luar Negeri
Sembilan.
Gulai berasal daripada Sumatera, Indonesia dan
tersebar ke kawasan sekitar khususnya di Malaysia, Singapura dan Brunei hasil
daripada tradisi merantau orang-orang Minangkabau
Kini terdapat
beberapa variasi masakan gulai. Resepi asalnya menggunakan rempah ratus asal
yang hidup tumbuh di Asia Tenggara seperti kunyit, lada api dan serai. Terdapat
juga yang turut menggunakan bawang dalam masakan gulainya. Ini berkemungkinan
hasil pengaruh daripada India. Penambahan gula juga adalah biasa mengikut
selera masing-masing yang tidak tahan pedas.
RESEPI GULAI LEMAK IKAN
KELI
BAHAN BAHAN
4 cili kering
1 inci kunyit hidup
beberapa hiris
lengkuas
4 bawang merah
sedikit rempah
ketumbar
asam keping
Garam gula
sedikit daun kesum
PROSES
MASAK
Kisar kesemua bahan
di atas kecuali asam keping dan daun kesum. Masukkan bahan kisar, asam keping
dengan santan sehingga menggelegak. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah
minyak.
Bila dah
menggelegak, masukkan ikan dan kacau rata.
Masukkan garam, gula dan daun kesum.
Sesuaikan rasa dan angkat.
No comments:
Post a Comment