GULAI
Gulai ialah masakan
bersantan yang mengandungi daging, ikan dan lain-lain dengan ramuan utamanya
adalah lada api, kunyit hidup, serai dan santan. Gulai dipanggil masakan masak
lemak di luar Negeri Sembilan.
Gulai berasal
daripada Sumatera, Indonesia dan tersebar ke kawasan sekitar khususnya di
Malaysia, Singapura dan Brunei hasil daripada tradisi merantau orang-orang
Minangkabau.
Kini terdapat
beberapa variasi masakan gulai. Resepi asalnya menggunakan rempah ratus asal
yang hidup tumbuh di Asia Tenggara seperti kunyit, lada api dan serai. Terdapat
juga yang turut menggunakan bawang dalam masakan gulainya. Ini berkemungkinan
hasil pengaruh daripada India. Penambahan gula juga adalah biasa mengikut
selera masing-masing yang tidak tahan pedas.
RESEPI GULAI URAT KAKI
LEMBU
SEKADAR HIASAN |
BAHAN BAHAN
1 kg kaki lembu-bersihkan,
rebus dan potong..ela beli yg dah siap bersih
250ml santan
air secukupnya
2 helai daun limau
purut
1 helai daun kunyit
1 inci halia-ketuk
1 inci lengkuas
ketuk
1 keping asam
keping
garam gula
BAHAN KISAR
6 biji cili merah
5 ulas bwg merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 inci kunyit
hidup
1/2 sudu teh jintan
manis dan jintan putih
1/4 sudu teh lada
putih-secubit je
1/2 biji buah pala
1/2 batangkulit
kayu manis
3 biji cengkih
PROSES
MASAK
Rebuskan kaki lembu
selama 30 minit , kemudian buang airnya supaya hilang lemak tu dan rebus lagi
hingga empuk
Tumis daun limau
purut, daun kunyit, lengkuas dan halia.kemudian masukkan bahan kisar tadi
Tumis hingga naik
bau, kering sedikit dan pecah minyak masukkan semuanya ke dalam rebusan kaki
tadi..kacau rata
Masukkan santan dan
asam keping ..kacau hingga mendidih dan perasakan dgn garam dan gula bila
benar2empuk bolehlah diangkat
No comments:
Post a Comment