PRUN
Prun adalah buah plum yang dikeringkan bagi sebarang
kultivar, kebanyakannya Prunus domestica atau Plum Eropah. Penggunaan istilah
untuk buah-buahan segar adalah lapuk dan tidak terpakai kecuali apabila digunakan
untuk jenis yang ditanam untuk pengeringan
Kebanyakan prun
kering adalah kultivar biji yang terkelopak (biji mudah untuk dikeluarkan),
sedangkan sebahagian besar plum lain ditanam untuk kegunaan segar adalah biji
terkatup (biji adalah lebih sukar untuk dibuang).
RESEPI RESEPI DAGING
PRUN
SEKADAR HIASAN |
BAHAN BAHAN
600 gm daging
[potong nipis]
1/2 cawan buah
prune [buangkan biji dan mesin halus]
5 s/b sos tomato
4 s/b kicap pekat
2 s/b cili mesin
2 s/b rempah kari
4 s/b minyak
1/2 cawan air
garam
bahan mesin
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang
merah
2 inci halia
PROSES
MASAK
Daging dibersihkan
dan gaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat. Panaskan
minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
Masukkan daging.
Kacau rata. Biarkan masak sehingga daging lembut. Masukkan buah prune mesin dan
garam. Biarkan sehingga kuah pekat. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi
minyak atau beriani.
No comments:
Post a Comment