Pekasam
ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia.
Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan
garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu
bertahan lebih lama (antara 6 - 1000 tahun).
Garam yang
digunakan bagi memerap ikan turut bertindak mengukuhkan struktur daging ikan agar
lebih pejal dan ini membuatkan ikan pekasam tidak mudah hancur bila digoreng.
Selain itu garam juga akan membuatkan ikan pekasam mereput dengan cepat
sehinggakan tulang pun boleh dimakan. Ikan yang sedap untuk dibuat pekasam
biasanya ikan sawah seperti ikan Sepat, haruan, keli dan puyu. Ikan air tawar
lain seperti ikan terubul, lampan jawa, merah mata, temperas, mengkawan,
ketutu, kepar, kalui, loma, toman, tilapia dan belida juga boleh digunakan.
Ikan sepat merupakan pilihan utama.
BAHAN BAHAN
Ikan pekasam
6 tangkai cili padi
1 biji bawang besar
Minyak untuk menggoreng
Bawang Goreng
PROSES MASAK
Panaskan
minyak dan goreng ikan pekasam hingga masak.
Hiriskan
cili padi dan bawang.Taburkan atas ikan yg telah masak tadi dan tuangkan sedikit
minyak lebihan goreng ikan.Tabur bawang goreng
No comments:
Post a Comment