Kicap ialah
penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis
atau masin. Bahan asas pembuatan kicap secara amnya ialah kacang soya atau
kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan
berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat
diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan
tenggiri berat 1kg
1/4 sudu teh
lada hitam
4 sudu besar
kicap manis
2 cawan air
Minyak untuk
menumis
Duan bawang
dihiris serong nipis - hiasan
BAHAN-BAHAN
DIHIRIS
1 biji
bawang besar
1 biji cili
merah
1 biji cili
hijau
2 ulas
bawang putih
1/2 inch
halia
PROSES MASAK
1. Potong dan
siang ikan terlebih dahulu dan toskan
2. Campur sedikit
kunyit dan garam lepas tu goreng dalam minyak panas
3. Panaskan
minyak di periuk, letakan bahan bahan yang dihiris dan lada hitam, biarkan supaya
bau nya bangkit dan bawang nya lembut,
4. Tuangkan air
secukup untuk kuahnya, jangan telalu banyak supaya kuah nya tidak terlalu cair.
Masukan kicapnya. Biarkan ia mendidih.
5. Masukan ikan
yang sudah di goreng dengan rempah kunyit, cili kisar dan garam.
6. Biarkan kuah
meresap kepada ikan dalam 10 – 15 minit. Tutup apinya dan sajikan bersama
juadah lain.
No comments:
Post a Comment