Wednesday, November 15, 2017

RESEPI LOAN MASAK LEMAK

Lokan (Polymesoda expansa) adalah sejenis moluska dwicangkerang yang banyak terdapat di lumpur pinggir laut. Lokan adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan dan sangat enak.
BAHAN-BAHAN
Isi lokan
1 btg serai (dititik)
1 kotak kecil santan
garam secukup rasa
1 keping asam

BAHAN-BAHAN DIKISAR/ TUMBUK
10 biji cili api
3 ulas bwg putih
1 biji bwg merah kecik
1/2 inci kunyit

PROSES MASAK
Keluarkan isi lokan dari cenkerang samada buka menggunakan pisau atau mengunakan air panas.selalunya menggunakan air panas iaitu dengan menuang air panas ke cengkerang lokan. Lokan akan terbuka dan boleh lah ambil isi dia asingkan, bersihkan dan toskan

Tumiskan bahan bahan  tumbuk bila dah bau naik masukkan santan dan  lokan.

Perasakan garam dan  Siap untuk  di hidangkan

No comments:

Post a Comment