Wednesday, November 29, 2017

RESEPI KEPAH MASAK SAMBAL SERAI

KEPAH
Kepah atau Siput gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. ia ialah sejenis kerang-kerangan sungai yang boleh dimakan dari genus Asaphis. Ia boleh didapati di sekitar Perlis, Malaysia dan juga Satun Thailand.

RESEPI KEPAH MASAK SAMBAL SERAI

BAHAN BAHAN
500kg kepah
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
garam
serbuk perasa secukup rasa
minyak untuk menumis
3 batang serai ketuk

BAHAN DIKISAR
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
1/2 inci halia
10 biji cili
15 Biji cili padi

PROSES MASAK
Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, tumiskan bahan2 kisar tadi hingga garing. Setelah garing masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, garam jangan banyak sangat sebab sos ikan tu pun dah agak masin ok, dan gula. Biarkan seketika.

Kemudian masukkan pula lala tadi. Kacau dan tutup dalam beberapa minit . Masukkan bawang besar tadi. Kacau lagi dan biarkan kuah dier agak pekat sikit


Padamkan api dan boleh lah dihidangkan dan dihias mengikut citarasa anda semua. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment