MASAK LEMAK
Masak lemak ialah
sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam
pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara
iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Masak lemak ialah
sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini
merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan
dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah
pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam
masakan.
RESEPI MASAK LEMAK CILI
API REBUNG
BAHAN BAHAN
200 gm rebung
15 ekor udang
sederhana besar (dibuang kepala dan dibersihkan)
5 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 cawan santan
2 ulas bawang merah
Gula dan garam
secukup rasa
PROSES MASAK
Cili padi, bawang,
dan kunyit ditumbuk separa halus.
Masukkan santan,
rebung dan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk. Masak dengan api yang perlahan.
Kacau supaya bahan-bahannya sekata.
Apabila mendidih masukkan udang,garam dan gula
secukup rasa. Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak.
Biar mendidih, angkat
dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment