SAWI
Sawi atau kai choy
merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam
sebagai makanan. Sawi banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan
pasar sayur. Ia banyak ditanam di kebun-kebun sayur dan di perkarangan rumah
dan popular digunakan dalam masakan harian. Rasa sawi adalah lemak manis dan
sedikit pahit. Ia bersifat panas dan kering serta rangup apabila dimakan.
Sawi boleh dimakan
bagi merawat penyakit sembelit, buasir, pencernaan bermasalah, kegemukan, dan
tekanan darah tinggi. Ia juga boleh dimakan bagi meningkatkan selera makan,
mendapat kesan awet muda dan sebagai antioksidan.
RESEPI BABY SAWI GORENG
SOTONG
SEKADAR HIASAN |
BAHAN BAHAN
12 tangkai baby Sawi
15 ekor sotong saiz
kecil
cendawan telinga kera
1 labu bawang besar
- dimayang
1 biji cili merah -
dipotong nipis
1 uals bawang putih
- diketuk
sedikit lada hitam
ditumbuk halus
3 sudu besar sos
tiram
sedikit minyak
untuk menumis
garam dan gula
secukup rasa
PROSES MASAK
Panaskan minyak
dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili merah serta masukkan
lada hitam. Kacau hingga naik bau.
Masukkan sotong dan
sos tiram. Kacau rata. Kemudian masukkan
sedikit garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali
masukkan baby Sawi dan cendawan telinga kera.. Angkat dan boleh dihidangkan..
No comments:
Post a Comment