Thursday, November 16, 2017

RESEPI MASAK LEMAK TEMPOYAK REBUNG

Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal.

BAHAN BAHAN
2 bungkus rebung - beli yg dah siap disagat
15 tangkai daun geti
300ml santan pekat
Perencah - ikan bilis
Air - ikut kepekatan yg dikehendaki
Perasa

BAHAN KISAR
10 tangkai cili api
2 tangkai cili merah
1 biji bawang besar
1 helai daun kunyit
1 sudu teh serbuk kunyit

PROSES MASAK
Rebung direbus (untuk hilangkan pahit) lebih kurang 20-30 minit.Toskan.

Daun geti diasingkan dari tangkainya,dicuci dan toskan.
Ketepikan

Satukan bahan-bahan yang dikisar,rebung,perencah dan air dalam periuk.Biarkan hingga mendidih

Masukkan santan dan bahan perasa. Kacau seketika.

Masukan  tempoyak dan daun geti.Biarkan mendidih. Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment