MASAK LEMAK
Masak lemak ialah
sejenis masakan Melayu yang mempunyai asal-usul tradisi nusantara dalam
pembikinannya. Jenis juadah ini terkenal di negara rumpun Melayu nusantara
iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Masak lemak ialah
sinonim dengan masakan yang menggunakan santan kelapa dan jenis makanan ini
merangkumi penggunaan daging dan sayuran. Walaupun, masak lemak dikaitkan
dengan masakan gulai yang berkuah cair tetapi terdapat juga jenis yang berkuah
pekat, bergantung kepada kepekatan dan penggunaan santan serta air dalam
masakan.
RESEPI MASAK LEMAK
UDANG BELIMBING BULUH
SEKADAR HIASAN |
BAHAN BAHAN
200gm udang sederhana besar
5 biji belimbing buluh
1 batang serai dititik
2 cawan santan
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN DITUMBUK
3 ulas bawang merah
6 biji cili api
1 inci kunyit hidup
PROSES MASAK
Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk bersama
dengan santan, serai dan panaskan dengan api yang perlahan.
Masukkan belimbing buluh. Kacau rata dan biarkan ia
mendidih sebentar dan masukkan daun kunyit.
No comments:
Post a Comment