Wednesday, November 29, 2017

RESEPI UDANG GORENG BEREMPAH

REMPAH
Rempah ialah bahan perisa makanan yang terdiri daripada kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, jintan manis, dan lain-lain. Ia kadangkala juga digunakan sebagai bahan pengawet yang dapat membunuh atau menyekat pertumbuhan bakteria

Kebanyakan bahan ini juga digunakan untuk tujuan lain seperti perubatan, ritual agama, kosmetik, pewangi atau dimakan sebagai sayuran.

RESEPI UDANG GORENG BEREMPAH
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
1 kg udang saiz sederhana
2 labu bawang besar dipotong nipis
sedikit daun kari
Sedikit minyak untuk menumis

BAHAN PERAP
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil kunyit serbuk
3 sudu besar bawang merah kisar
2 sudu besar bawang putih kisar
Garam secukup rasa

PROSES MASAK
Udang dimasukkan kedalam bekas dan diperap dengan bahan perap selama 30 minit

Panaskan minyak dan tumiskan udang yang telah diperap. Goreng sehingga 3/4 masak. Angkat.

Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan daun kari.. Tumis sehingga bawang menjadi kekuningan dan wangi.


Masukkan Udang yang digoreng tadi. Masak sehingga udang masak. 

No comments:

Post a Comment