Sunday, November 19, 2017

RESEPI MI HAILAM

Mee hailam sedap ialah mee yang mempunyai kuah yang banyak. Amat jarang kita merasai mee hailam sedap nie kerana banyak kedai yang tidak menyediakannya. Saya pernah merasai mee hailam di salah sebuah kedai makan. Rasanya memang sedap lagipun penyediaannya adalah amat simple dan rasanya juga sedap.
BAHAN BAHAN- 5 ORANG MAKAN
300gm udang sederhana besar
300gm daging ayam
3 ekor sotong saiz besar
1  peket fish ball
1 peket mee
3-4 cawan air
1-2 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos nampla
2 biji telur
Sedikit sayur sawi
Sedikit bunga kobis
1 batang carrot
2 biji tomato masak ranum
Sedikit tepung jagung n air - dibancuh
Garam secukup rasa
Daun sup dan cili merah secukupnya

Cili kering direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya .

PROSES MASAK
1. Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil . Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ni.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh la dimasukkan air .

3. Masukkan lobak merah dan bunga kubis tadi biar sampai kuah hampir mendidih . Masukkan semua sos cili, sos tiram, minyak bijan, kicap manis dan cair.

4. Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing.

5. Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau

6. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat. Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam .

7. Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur .

8. Bila nak hidang boleh la ditabur daun sup , cili merah dan juga bawang goreng 

No comments:

Post a Comment