Tempoyak dibuat daripada isi buah
durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit
garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk
proses penapaian.
Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu
sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti
gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di
negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan
patin masak tempoyak sangat terkenal.
BAHAN BAHAN
2 ekor ikan talapia yang besar
2 batang serai - dititik
3-4 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping- kalau tempoyak
dah masam tak perlu la ditambah asam keping
Air secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR
1-2 cili merah - kalau nak pedas tambah
la cili api
2 cm kunyit hidup
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
PROSES MASAK
Masukkan semua bahan tumbuk dalam
periuk , serai , air dan asam keping kemudian masak kuah sampai hampir mendidih
. Masukkan semua ikan talapia dan garam, kacau.
Biarkan kuah memdidih dan ikan masak
baru la ditutup api dapur.
No comments:
Post a Comment