Sunday, November 19, 2017

RESEPI NASI BRIYANI SOTONG

Beriani (disebut [bɪr.jaːniː]) merupakan hidangan nasi campur dari Benua Kecil India. Ia dibuat dengan rempah-ratus, beras dan daging atau sayur-sayuran.Asal beriani tidak pasti. Di Utara India, ia secara tradisinya dikaitkan dengan masakan Mughlai dan di India Selatan, ia secara tradisinya dikaitkan dengan masakan Hyderabadi.Masakan ini merupakan salah satu pengaruh utama Tamadun Islam di India.

BAHAN BAHAN
1/2 cawan minyak masak Daisy Blend
1 sudu besar rempah beriani
1 kilogram sotong basah (dicuci bersih)
1 helai daun pandan
4 cawan beras basmati (rendam 1/2 jam)
4 cawan air
1 cawan susu cair
Garam secukup rasa
50 gram kismis kuning
2 labu bawang besar (hiris dan goreng)
2 tangkai daun ketumbar
1 sudu besar pewarna kuning

BAHAN DIKISAR HALUS:
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sentimeter halia

PROSES MASAK
Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar bersama rempah beriani sehingga garing.

Kemudian, masukkan sotong dan biarkan ia masak.Keluarkan sotong dan ketepikan. Biarkan baki rempah di dalam kuali.

Masukkan daun pandan dan beras basmati ke dalam kuali tadi. Gaul hingga sebati.

Masukkan air dan susu cair. Masak sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa dan sebatikan.

Masukkan kismis kuning, bawang besar yang sudah digoreng, daun ketumbar dan pewarna kuning. Biar kering dan boleh diangkat apabila bahan kelihatan layu.

Siap untuk dihidang



No comments:

Post a Comment