Ikan Cencaru (bahasa Inggeris: Torpedo
Scad) merupakan sejenis ikan karnivor air terbuka tropika yang suka berkelompok
di kawasan-kawasan pantai Indo-Pasifik Barat, dari Afrika Timur sehingga Jepun
dan Australia. Taburannya antara 47° U - 22° S, dan 40° T - 156° T. Ikan ini
hidup antara 20 - 100 meter dalam di kawasan payau yang mempunyai terumbu. Ikan
Cencaru mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nama sainsnya Megalaspis cordyla.
1 kilo ikan cencaru - dibersihkan dan
belah bahagian belakang.
BAHAN DIKISAR
4 biji cili merah
3 bawang merah
2 cm belacan
PROSES MASAK
Bawang merah , cili dan belacan diblend
atau tumbuk.
Ikan cencaru dibersihkan dan dibelah
belakangnya.Ikan dilumur dengan garam dan kunyit , kemudian disumbat cili blend
tadi dibahagian belahan belakang ikan. Jangan masuk terlalu banyak cili
dibahagian belakang ikan sebabnya bila mengoreng cili tu akan terkeluar.
Panaskan 2 cawan minyak dan bila minyak
sudah panas masukkan ikan seekor demi seekor dengan perlahan-lahan.Gunakan api
sederhana semasa mengoreng supaya ikan jangan menjadi hangit. Kulit ikan cencaru
yang tebal akan melindungi isinya dari menjadi terlalu garing.
Bila ikan sudah kelihatan garing boleh
la diangkat dan ditos dahulu .Ikan sudah masak, sedap sangat.Hanya cara
memasak begini saja baru suami saya akan makan ikan cencaru kalau tidak dia tak
suka makan ikan cencaru katanya isi ikan cencaru tak manis dan kurang sedap.
No comments:
Post a Comment