Sambal
ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya
ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal
ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat
berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.
BAHAN
BAHAN
500 gram udang dikupas kulitnya dan
tinggalkan bahagian ekor sahaja
sedikit belacan
secekak suhun direndam
secekak fucuk direndam dan
dipotong-potong
1 keping tempe plastik dipotong dadu
dan digoreng lembab
3 biji kentang dipotong dadu dan
digoreng lembab
1/2 sudu kecil pati asam adabi
garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN DIHIRIS
5 biji cili merah
5 biji bawang kecil
2 biji bawang merah
PROSES MASAK
Tumis bahan-bahan hiris dan belacan
hingga bahan-bahan hiris layu.
Tambahkan pati asam jawa, gula, garam
dan perasa secukupnya. Kacau sebati.
Tambahkan udang dan kacau lagi. Bila
udang sudah bertukar warna tambahkan dengan suhun dan fucuk. Gaul sebati dan
tambahkan air sedikit. Kacau lagi.
Tambahkan kentang dan tempe. Kacau
lagi. Bila masakan telah mesra dan sebati tutup api dan sedia untuk
dihidangkan.
No comments:
Post a Comment