Sambal
ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya
ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal
ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat
berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.
BAHAN
BAHAN
600gm ayam potong ikut suka dan digaul
dengan garam kunyit dan digoreng separuh masak
5 helai daun limau purut
3 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
2 sudu besar sos tomato
madu dan garam secukup rasa
BAHAN KISAR
5 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
PROSES MASAK
Tumiskan bahan kisar, rempah tumis
dan daun limau purut hingga naik bau dan terbit minyak
Tambahkan dengan sos tomato, garam
dan madu secukup rasa. Kacau sebati.
Apabila bahan-bahan tumisan tadi
sudah mesra, masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul sebati.
Biarkan di atas api seketika dan
bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment