PENGETINAN
Pengetinan
merupakan kaedah mengawet makanan yang mana kandungan makanan diproses lalu
disimpan ketat di dalam bekas kedap udara. Pengetinan menawarkan hayat simpanan
yang biasanya dari satu ke lima tahun, tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu
boleh jauh lebih lama. Produk bertin kering sejuk beku boleh kekal elok dimakan
selama 30 tahun. Pada 1974,
Persatuan Pemproses
Makanan Kebangsaan Amerika Syarikat menguji sampel-sampel makanan bertin dari
bangkai bot api Bertrand yang karam di Sungai Missouri pada 1865. Sungguhpun
rupa, bau dan kandungan vitaminnya sudah banyak merosot, tetapi langsung
tiadanya kesan pertumbuhan mikrob, maka makanan yang berusia 109 tahun itu
ditentukan masih selamat untuk dimakan
RESEPI SAMBAL SARDIN
BAHAN BAHAN
1 tin sardin
sederhana besar
1 labu bawang besar
- dipotong nipis
1 ulas bawang putih
- dimayang
5 biji cili padi-
diketuk
1 sudu besar cili
kisar
1 keping asam
keping
sedikit air
sedikit minyak
untuk menumis
Garam secukup rasa
PROSES MASAK
Panaskan minyak dalam
kuali.Tumis bawang besar, bawang putih, cili api, cili kisar dan asam keping
sehingga naik bau.
Masukkan ikan sardin
dan sedikit air. Kacau rata.Masukkan garam secukup rasa. Apabila dah pekat,
angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment