Tuesday, November 28, 2017

RESEPI SAMBAL SOTONG


Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan.

Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.

RESEPI SAMBAL SOTONG

BAHAN BAHAN
1kg sotong - dipotong dan dibersihkan
3 biji bawang besar - dibelah 4
3-4 keping asam keping
Perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5-6 sudu besar cili kisar
Belacan secukupnya
Sedikit air

PROSES MASAK
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan sotong dan biarkan seketika.

Masukkan perasa dan asam keping.Biarkan hingga mendidih.

Akhir sekali,masukkan bawang besar yang dibelah.Biarkan hingga bawang agak layu dan boleh tutup api. Siap untuk dihidang..

No comments:

Post a Comment