Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan
biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan.
Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat
berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.
RESEPI SAMBAL SOTONG
1kg sotong - dipotong dan dibersihkan
3 biji bawang besar - dibelah 4
3-4 keping asam keping
Perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5-6 sudu besar cili kisar
Belacan secukupnya
Sedikit air
PROSES MASAK
Panaskan minyak dan tumis bahan yang
dikisar hingga garing. Masukkan sotong dan biarkan seketika.
Masukkan perasa dan asam
keping.Biarkan hingga mendidih.
Akhir sekali,masukkan bawang besar
yang dibelah.Biarkan hingga bawang agak layu dan boleh tutup api. Siap untuk
dihidang..
No comments:
Post a Comment