Tempoyak
dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan
ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di
dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu
sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti
gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di
negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan
patin masak tempoyak sangat terkenal.
Tempoyak
juga terkenal di Indonesia (terutama di Palembang, Sumatera dan Kalimantan).
BAHAN
BAHAN
400 gram
udang sederhana besar dibuang kulit
9 biji
cili api
1 biji
cili merah
3 biji
bawang merah
1 biji
bawang putih
2-3 sudu
besar tempoyak
3 keping
asam keping
sedikit
garam
sedikit
gula
minyak
secukupnya untuk menumis
PROSES MASAK
Tumbuk
cili api, cili merah, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
Panaskan
minyak dan tumiskan bahan tumbuk tadi hingga masak. Masukkan asam keping.
Masukkan
tempoyak, garam dan gula. Kacau sebati.
Akhir
sekali masukkan udang, gaul dengan tumisan tempoyak dan angkat. Kalau suka
boleh tambah sedikit air.
No comments:
Post a Comment