10 biji telur ayam- di rebus
2 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
1 sudu besar kerisek
1 cawan kicap lemak manis
minyak utk menumis
BAHAN BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
1 cawan cili kisar
BAHAN TUMIS
3 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 biji bawang merah
2 ulas bwng putih-hiris
CARA MEMASAK
1. Telur hendaklah di rebus dulu bersama air dan
sedikit garam. Bila dah masak, buang air panasnya, masukkan air paip dan
sejukkan. Kopek telur dan kelarkan sikit putihnya
2. Sementara itu, panaskan minyak secukupnya dan
tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai yg
dititik sehingga pecah minyak
3. Masukkan telur rebus dan gaul sebati. Tutup
kuali dan masak dengan api sederhana
4. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan
masak hingga telur mesra. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah
menjadi pekat. Masukkan kerisek dan gaul rata
5. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutupkan
api, angkat danhidangkan.
No comments:
Post a Comment