Tempe ialah makanan kacang soya yang
amat terkenal di Asia Tenggara dan berasal daripada suku Jawa (Indonesia).
Walaupun ia sering kali dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat
berlainan. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang
tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat
dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu.
2 peket tempe
50 grm ikan bilis
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap
PROSES MASAK
Bawang merah, putih dan bawamg besar di
mayang nips-nipis.Cili merah pun dipotong nipis-nipis. Tempe dan ikan bilis
digoreng.
Tumis bawang dan cili sampai naik wangi,
kemudian masukkan bawang besar, sos tiram dan kacau semua bahan-bahan .
Masukkan tempe dan ikan bilis kemudian
masukkan kicap dan terus mengacau sehingga semua bahan menjadi mesra dan
sekejap saja dah masak tempe gorang kicap ini. Jika masih kurang masin boleh la
ditambah kicap atau garam lagi.
No comments:
Post a Comment