Tuesday, November 14, 2017

RESEPI UDANG LIPAN SAMBAL TELUR

Udang Lipan, udang mentadak atau udang ronggeng (bahasa Inggeris:Mantis shrimp) merupakan sejenis spesies udang yang diperdagangkan. Ia merupakan sejenis spesies udang.
BAHAN-BAHAN
1 kg udang lipan
1 biji telur
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit air
garam dan gula
minyak utk menumis
hiasan - daun ketumbar

BAHAN-BAHAN DIKISAR
7 tangkai cili kering - (dikisar berasingan)
4 biji bwg merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

PROSES MASAK
Udang lipan atau Mantis dibuang kepala, dibelah kulit belakang dan cuci bersih

Kisarkan semua bahan bahan yang dikisar halus

Panaskan minyak. Tumis cili sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan gaul rata. Biarkan seketika sehingga naik bau.

Kemudian masukkan sos cili dan juga sos tomato, kacau sebati.

Selepas itu masukkan udang lipan dan juga sedikit air. Tutup kuali dan biarkan hingga udang lipan masak, dan kacau sekali-sekala

Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

Pecahkan telur ke dalam mangkuk lain dan kacau .

Kecilkan api, tuang telur tadi ke atas udang lipan. Biarkan seketika kemudian gaulkan sekejap dan tutup api. 

Siap untuk dihidang dan dinikmati



No comments:

Post a Comment