Thursday, November 16, 2017

RESEPI SAMBAL SOTONG LADA HIJAU

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

RESEPI SAMBAL SOTONG LADA HIJAU
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
1 kg sotong
1 labu bawang besar-potong bulat
2 biji limau kasturi-ambil jusnya
2 sudu besar sos tiram
gula dan garam secukup rasa
air jika perlu
minyak utk menumis

BAHAN DIKISAR
10 tangkai cili hijau
6 tangkai cili padi merah/hijau
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan

PROSES MASAK
Bersihkan sotong, potong, cuci dan toskan. Ketepikan dulu.

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar yg di potong bulat. Tumis sehingga sedikit layu. Masukkan bahan kisar  dan gaul rata. Kacau dan masak hingga terbit minyak.

Masukkan sos tiram dan gaul rata. Masukkan gula dan garam secukup rasa.Biarkan mendidih dan masak guna api sederhana

Masukkan sotong, gaul rata dan tutupkan kuali. Masak dlm 3 minit. Buka penutup tambahkan jus limau kasturi dan gaul rata.Bila dah masak sempurna dan cukup rasa.

tutup ap dan bolehlah di hidangkan.Sedap di makan bersama nasi lemak atau nasi putih panas.

No comments:

Post a Comment