Thursday, November 16, 2017

RESEPI SOTONG PAPRIK

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

RESEPI SOTONG PAPRIK
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
500 gm sotong- bersihkan, cuci dan toskan
Kacang panjang/bunga kobis/carrot/jagung muda/tomato - dipotong kecil
1 ulas bawang besar - dipotong baji
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos ikan
3 helai daun limau purut - dikoyak-koyak
Garam secukup rasa (jika perlu)
1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
Satu cawan air (jika suka berkuah)

BAHAN DIKETUK
1/2 inci halia
1 batang serai
6 ulas cili padi
3 ulas bawang putih

PROSES MASAK
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau.

Masukkan sotong dan gaul rata. Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.

Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.
Rasakan kuah, kalau kurang masin je baru tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin).

Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.



No comments:

Post a Comment