Kupang atau lebih dikenali sebagai siput sudu banyak
diternak oleh pengusaha di negeri Johor dan Negeri Johor merupakan negeri
pengeluar kupang terbesar di Malaysia. Penternakan kupang banyak dilakukan di
kawasan perairan Selat Tebrau terutama di kawasan Senibong, Johor Bharu dan ia
juga pernah diternak di kawasan Sungai Rambai, Melaka disekitar tahun 1980-an.
Ianya juga boleh mendatangkan sumber pendapatan yang
lumayan kepada pengusaha. Permintaan yang tinggi terhadap siput sudu atau
kupang ini datang dari pengusaha makanan laut. Ini kerana rasa kupang yang enak
serta bau aroma yang membangkitkan selera pengemar makanan laut. Juadah kupang
bakar atau kupang tumis berlada menjadi pilihan pengemar. Ini adalah kerana
setelah kupang dimasak, isi kupang berasa lebih manis, mempunyai isi lembut dan
sesuai dinikmati bersama nasi panas.
BAHAN BAHAN
300gm isi
kupang-bersihkan,cuci dan toskan
1 batang terung panjang
2 btg serai-diketuk
11/2 cwn cili kisar
1 labu bwng besar-di mayang
1/4 air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar kicap manis jalen
1/2 cwn utk menumis
BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
1 sudu besar udang kering
PROSES MASAK
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar yg di
hiris sebentar shj. Masukkan cili kisar.
2. Masukkan bahan kisar tadi juga serai. Tumis
hingga terbit minyak. Masukkan terung dan masak hingga separuh masak. Masukkan
kupang dan gaul rata.
3. Masukkan air asam jawa, kicap,garam dan gula.
Kacau sebati. Perasakan, sekiranya rasa dah ok, bolehlah di angkat dan di
hidangkan.
No comments:
Post a Comment