Friday, December 01, 2017

NASI HARUM MANIS

NASI GORENG
Nasi goreng merupakan makanan panas segera yang lazat. Nasi yang digoreng bersama kicap dan ramuan lain mengikut selera mudah disediakan dan tidak memerlukan lauk tambahan, kecuali telur goreng

Nasi goreng dikatakan muncul dari kebudayaan Cina sekitar 4000 SM, yang tidak suka memakan makanan dingin atau membuang makanan yang tidak habis maka nasi tersebut digoreng semula bersama bahan-bahan makanan dan pelbagai rempah. Pada masa kini, nasi goreng sering disediakan dengan campuran bawang, telur, ikan bilis, udang, hirisan ikan atau daging, kek ikan, sardin dalam tin serta sayur-sayuran terutamanya sayur campur.

RESEPI NASI HARUM MANIS

BAHAN BAHAN
1kg beras wangi | cuci dan tuskan
1000 ml air
200 ml susu cair
5 sudu besar minyak jagung
5 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
100 gm halia | hiris
1/2 cawan isi jagung manis
1/2 cawan lobak merah | sagat
Sedikit rempah empat sekawan
Sedikit garam
2 helai daun pandan
Sedikit daun sup
Sedikit bawang goreng

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak jagung dan tumiskan bahan hiris. Setelah naik bau masukkan rempah empat sekawan dan kacau sebati.

Kemudian air, garam dan daun pandan. Biarkan mendidih, selepas itu barulah masukkan

beras serta susu. Kacau sebati. Tanak seperti biasa. Apabila hampir kering, baru masukkan jagung dan lobak. Tanak sehingga masak.


Akhir sekali, taburkan daun sup dan bawang goreng.

No comments:

Post a Comment