Sunday, December 03, 2017

RESEPI IKAN SIAKAP MASAK HIJAU

IKAN SIAKAP
Ikan Siakap atau juga dikenali sebagai ikan Kakap Putih, merupakan ikan air tawar dan air masin. Nama sainsnya Lates calcarifer.

Ikan Siakap merupakan ikan pemangsa. Ikan Siakap mendiami sungai, dan air laut. Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.

RESEPI IKAN SIAKAP MASAK HIJAU
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN
1 tangkai daun kari
6 batang cili hijau – di potong serong
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & sedikit gula
1 cawan air atau lebih.
2 biji limau kasturi – ambil jusnya

BAHAN KISAR
500gm ekor Ikan Siakap Putih
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1/2 inci halia
4 batang cili merah
sedikit belacan

PROSES PENYEDIAAN
Ikan di potong, bersihkan dan toskan, gaulkan dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.

Kisar atau tumbuk bahan-bahan yang bertanda

Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang di tumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air. Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yg di potong serong.

Masukkan ikan yang telah di goreng tadi, dan gaul sebati. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan perahan jus limau kasturi.


Biarkan hingga mendidih, perasakan. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah di angkat dan di

No comments:

Post a Comment